KyoAz Forum


Join the forum, it's quick and easy

KyoAz Forum
KyoAz Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Serpihan kayu jadi penyelamat

Go down

Serpihan kayu jadi penyelamat Empty Serpihan kayu jadi penyelamat

Post by cekodokApple Tue Dec 28, 2010 11:07 am

Serpihan kayu jadi penyelamat Ne_06.1
BANGKAI bot yang pecah dihanyutkan ombak semalam selepas ia karam ketika membawa 29 pelancong kelmarin.

MERSING - Seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian bot karam sehingga mengorbankan empat mangsa termasuk seorang yang masih hilang memberitahu yang dia terpaksa berpaut pada serpihan kayu bot untuk menyelamatkan diri.


Lim Lee Ting, 37, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira 15 minit selepas bot yang mereka naiki bertolak dari kelong Wong Pak You berhampiran Pulau Sibu.
"Bot tersebut terbalik selepas dipukul ombak, ketika itu ramai penumpang mula menjerit meminta tolong.


"Saya terselamat ketika kejadian kerana sempat berpaut pada serpihan kayu bot yang pecah," katanya ketika ditemui di Hospital Mersing semalam.


Menurut Lee Ting, dia bernasib baik kerana telah diselamatkan oleh bot pemancing warga tempatan yang lalu di lokasi kejadian kira-kira sepuluh minit selepas kejadian.


Lee Ting memberitahu, semua dokumen perjalanan miliknya bagaimanapun tidak sempat diselamatkan kerana tenggelam.


Sementara itu, seorang lagi penumpang, Wong Lee Wei, 40, mendakwa dia kerap datang ke kelong tersebut sebelum ini dan bot yang dinaiki juga sentiasa penuh.


Sumber: http://www.kosmo.com.my
cekodokApple
cekodokApple
Moderator
Moderator

Posts : 252
Join date : 2010-12-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum