KyoAz Forum

Penubuhan Freemason Laknatullah

View previous topic View next topic Go down

Penubuhan Freemason Laknatullah

Post by WaCI on Sun Dec 26, 2010 7:53 pm

Freemason bermaksud pembina-pembina yang bebas. Ia adalah nama bagi pertubuhan rahsia yang ditaja oleh Yahudi yang bertujuan bagi menguasai bangsa lain. Mereka menggunakan pelbagai cara termasuk cara yang buruk dan ganas supaya dapat menguasai dunia dalam jangka panjang.

Sejarah Penubuhan

Penubuhannya penuh rahsia. Sesetengah berpendapat Freemason ini ditubuhkan pada zaman raja Herod Agrippa I (10 SM- 44 M) pada tahun 44 Masihi bersama beberapa orang pemerintah Yahudi bagi menentang perkembangan agama Kristian pada masa itu.

Antara pemimpin-pemimpin Freemason adalah Hiram bin Damwab Lami. Pada zaman moden, pemimpin mereka dikenali Miribu yang salah seorang pemimpin Revolusi Perancis, Jan Jaga Rusu, Politiu, Jurji Zaidan dan Karl Marks yang menjadi pengasas komunis.

Dasar-dasar dan Ajaran

Antara fahaman dibawa oleh Freemason ini adalah:
# Mengingkari Allah, para rasul, kitab-kitab dan perkara-perkara ghaib. Mereka menganggap semua itu sebagai karut dan dongeng.
# Berusaha ke arah menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang tidak dapat dipengaruhi dengan segala cara sahaja.
# Mengharuskan perkara yang haram seperti zina dan memperalatkan wanita bagi mempengaruhi pemerintah.
# Mewujudkan jurang bangsa selain Yahudi kepada beberapa kelas. Mereka menganggap bangsa selain Yahudi bertaraf rendah dan berusaha melaga-lagakan mereka dengan mencetuskan perang dan sebagainya.
# Membekalkan senjata kepada kumpulan-kumpulan pemberontak.
# Menimbulkan perbalahan-perbalahan kaum dibeberapa buah negara dunia.
# Meruntuhkan akhlak dengan pelbagai cara seperti menggunakan media massa dengan membiaya dan menganjur sesuatu program. Ia bertujuan menimbulkan kegelisahan orang ramai yang berpegang pada agama dan berakhlak baik dengan menubuhkan unsur-unsur kekufuran dan keganasan.
# Menggalakkan rasuah dan keruntuhan akhlak di kalangan pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan. Mereka melakukan kegiatan-kegiatan itu bagi memperalatkan golongan eksekutif.
# Menjerat dan mengumpan pemimpin-pemimpin dan orang yang berpengaruh dalam masyarakat sehingga mereka terpaksa tunduk kepada Freemason.
# Menubuhkan beberapa persatuan dan pertubuhan yang dapat menarik golongan kenamaan supaya masuk ke dalam perangkap mereka. Contohnya pertubuhan Lions, Rotary dan sebagainya.
# Mempengaruhi belia-belia melalui kegiatan tertentu seperti sukan, pelancongan dan sebagainya.
# Mempengaruhi kerajaan supaya menaungi kegiatan-kegiatan yang mereka lakukan.
# Melahirkan teori-teori dan ideologi-ideologi yang menyesatkan.
# Mempengaruhi pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dalam pelbagai bidang samada politik seperi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, ekonomi dan masyarakat.


sumber: www.scribd.com

WaCI
KA Shatei

Posts : 53
Join date : 2010-12-20

Back to top Go down

Re: Penubuhan Freemason Laknatullah

Post by cekodokApple on Mon Dec 27, 2010 6:05 pm

nice info....keep it up..

=======================


K-ON!!! rock!!

cekodokApple
Moderator
Moderator

Posts : 252
Join date : 2010-12-20

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum