KyoAz Forum


Join the forum, it's quick and easy

KyoAz Forum
KyoAz Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Rahsia Tiang Ke 56 Jambatan Pulau Pinang

Go down

Rahsia Tiang Ke 56 Jambatan Pulau Pinang Empty Rahsia Tiang Ke 56 Jambatan Pulau Pinang

Post by cekodokApple Tue Dec 21, 2010 2:38 am

Rahsia Tiang Ke 56 Jambatan Pulau Pinang Jambatan-pulau-pinang-2

Kalangan kaki pancing di Pulau Pinang khususnya peminat Kerapu, Siakap dan Alu-Alu memang tak boleh tolak kalau diajak memancing di bawah Jambatan Pulau Pinang namun tidak bagi Husaini Musa, 31, seorang bekas kakitangan sambilan USM yang mencari rezeki dengan berniaga air tebu di pesisir pantai Seagate yang terletak di bahagian pulau. Husaini terpaksa melupakan jawatannya di USM setelah kehilangan kedua-dua penglihatannya akibat "sumpahan tiang 56". Misteri tiang 56 menjadi buah mulut ramai setelah banyak berlaku kejadian misteri yang sukar diterima akal.

Tiang 56 terletak di sebelah bahagian pulau, jika anda memandu dari Seberang Perai menuju ke Pulau Pinang, tiang 56 akan berada betul betul di bawah anda selepas dua minit anda memandu dari tengah-tengah jambatan dalam kelajuan sederhana (70-80km/j). Tiang 56 atau lebih dikenali sebagai Tiang Mulut Poka@Puaka oleh para nelayan persisir di sana telah menimbulkan ketakutan dan trauma ke atas lebih daripada 20 orang nelayan yang mendakwa mereka pernah cuba "disedut" masuk ke dalam pusaran sebesar padang bolasepak di situ. Kejadian yang berlaku dalam tahun 2004 tersebut juga pernah disaksikan sendiri oleh Azmi Hadi seorang kakitangan penyelenggaraan Penang Bridge Sdn Bhd yang menggambarkan pusaran air tersebut berbentuk wajah wanita tua yang sedang marah sambil membuka mulut seperti sedang menyedut sesuatu. Beliau bagaimanapun dilaporkan cuba merakam kejadian tersebut dengan kamera telefon namun gagal kerana angin yang terlalu kuat pada ketika itu. Keadaan kelam kabut tersebut berakhir selepas nelayan yang terlibat malaungkan azan sambil melepaskan tembakan dari pistol isyarat api kecemasan yang dibawa bersama-samanya ketika berada dilaut.

Siapakah wanita tua yang cuba digambarkan oleh kakitangan PBSB itu? Misteri bukan...?

erkk
cekodokApple
cekodokApple
Moderator
Moderator

Posts : 252
Join date : 2010-12-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum