KyoAz Forum


Join the forum, it's quick and easy

KyoAz Forum
KyoAz Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Hantaran Hati [CERPEN]

2 posters

Go down

Hantaran Hati [CERPEN] Empty Hantaran Hati [CERPEN]

Post by palil_az Sun Dec 19, 2010 1:42 am

Aisyah merenung ke arah meja makan. Entah siapa punya telefon bimbit yang tertinggal agaknya dia pun tidak tahu. Sesekali lehernya menoleh ke kiri dan kanan memastikan sebarang kelibat si pemilik telefon ini datang mencari. Kemudian lehernya dipanjangkan menjangkau pandangan ke arah orang ramai. Tiada sesiapa yang sibuk mencari barang. Hatinya masih ragu berteka-teki ‘Siapa punya ni?’

Akhirnya telefon bimbit itu dicapai jua lalu dibeleknya penuh malas. Dia bukan minat sangat dengan benda-benda berteknologi tinggi ni lebih-lebih kalau kecanggihannya melepasi tahap pengetahuannya. Tangan Asyah menekan-nekan punat-punat kecil itu. Pakai hantam saja janji boleh berfungsi. Nasib lah kalau menjadi. Harap-harap menjadilah. Entah apa yang ditekannya tiba-tiba telefon itu membuat satu panggilan. Dia kaget lalu mematikan panggilan itu. Bermacam-macam butang yang ditekannya namun panggilan itu terus berdering.

Dipejabat, Kamal sibuk membincangkan projek terbarunya bersama teman sebelum dibentangkan dihadapan lembaga pengarah. Dia yakin projek mega ini bakal mengembangkan lagi potensinya didalam syarikat. Dengan penuh semangat Kamal meluahkan semua hasil ideanya dihadapan rakan-rakannya. Dia mahu mereka turut sama teruja memberi komen-komen bernas. Namun, sikap terujanya tergugah dek gangguan deringan telefon yang kejap berbunyi kejap lagi terhenti. Memang terganggu sungguh!
Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Kamal berdengus geram. Nampaknya Diana memang tak serik-serik merayu macam ulat bulu. Tergedik sana tergedik sini. Dah banyak kali dikatakan pada gadis itu; hubungan mereka setakat itu sahaja. Tak faham lagi ke?
‘Anak Tengku Ahmad ni tak reti bahasa ker?' jerkah hati Kamal mengomel geram. Tangannya merentap telefon bimbit yang tersisip ditepi tali pinggangnya. Tubuhnya dibawa ke satu sudut jauh dari rakan-rakannya.

"Hello! you nak apa lagi ni Diana?"sergah Kamal marah namun suaranya ditahan-tahan agar tidak melepasi hingga ke pendengaran yang lain.

Aisyah terkedu.

Panggilan itu spontan dimatikan. Lalu telefon itu diletakkan diatas meja semula. Jantungnya berdegup kencang. Takut pun ada.... Tak pasal-pasal dia pulak yang kena marah.

Aisyah termenung seketika.

'Apsal marah sangat orang tu?'hatinya berdongkol geram sendirian. Matanya mencari-cari seketika kelibat seseorang. Sudah hampir sejam ditunggu ayahnya namun lelaki itu masih tidak kelihatan. Aisyah mengeluh perlahan. ‘Mana ayah ni?” soalan itu bermain di mindanya. Aisyah capai semula telefon bimbit itu lalu didail sekali lagi. Kali ini kalau kena marah biar dia marahkan balik. Berani ke? Ah, kalau tak berani tahankan saja telinganya nanti.

"Kau ni dah tak ada kerja lain ke?" marah Kamal apabila kesabarannya dicabar. Kejap on kejap off handphone. Sesuka hati nak main-main dengan aku.
"Errrr... saya bukan Diana." Gemersik suara halus menjamah di cuping telinganya. Terkesima Kamal seketika. Errr... si..si..siapa ni???

Gullp!!
Suara Aishah menyerap ke fikirannya. Entah mengapa kerongkong nya bagaikan kaku seketika tak mampu berkata. Siapa gerangan empunya suara itu? Ini bukan suara Diana yang biasa didengar. Suara anak Tengku Arif itu lebih menggeletek bunyinya. Mengada-ngada!

"Hello... hello!!!" suara Aisyah sedikit cemas, bimbang kalau-kalau talian terputus lagi. Nanti banyak pula bil yang nak dibayar empunya telefon ni nanti.

"Ya, Hello!" Panggilan itu segera dijawab Kamal. Terleka seketika Kamal kerana suara itu. "Tadi kata ni bukan Diana, habis tu siapa?" Tiba-tiba nada suaranya bertukar rentak. Lunak selunak-lunaknya menyerlahkan bakat romeo hidung belangnya. Sudah lama skill itu tidak digunakan lagi. Bukan tiada yang menarik tetapi kesibukan tugas menghalang untuknya bersuka ria. Dua puluh empat jam kerjanya tidak pernah habis. Tak sempat dipejabat langsung dibawa ke rumah.

Dulu bolehlah...
Masa tu zaman remaja. Tiada kerjaya. Boleh kepit perempuan itu perempuan ini. Tak payah nak fikir dateline projek. Cuma sibukkan studi. Studi pun bukan susah mana pun. Paling tidak Cuma nak siapkan assignment. Itu saja....

Tetapi...
Sesekali singgah juga dia ke disko melepaskan ketegangan kerja yang bertimbun bersama rakan-rakan sekerja berkaraoke sambil meneguk air setan dan berkenalan dengan gadis-gadis sealiran nafsu serakahnya.

"Errr... saya Aisyah. Begini encik, telefon ni tertinggal... saya nak pulangkan pada tuannya tapi saya tak tahu siapa." terang Aisyah tanpa memberi ruang Kamal bertanya walaupun sepatah."Rasanya ni isteri cik punya."
'What? isteri? bila masa aku kahwin?'

“Errrr…. Apa susah, you ambil je telefon tu. Tuan dia boleh beli baru.” Sergah Kamal selamba. Tiada tindakbalas. Senyap. Panggilan itu pantas dimatikan Kamal segera. Malas kalau diminta memulangkan telefon bimbit kepunyaan Diana. Nanti dikata dia datang melutut pula.

‘Huh! Tak hingin aku jumpa Diana lagi’
Entah mengapa tiba-tiba perasaannya rasa terkilan. Sayang kalau dia tidak tahu siapa empunya suara sesedap telinga mendengarnya. Mungkinkah cantik? Sama seperti suaranya yang lembut itu? Telefon bimbitnya didail kembali.
“Kat mana dia tinggalkan telefon tu? Kejap lagi I datang ambil.” Telefonnya dimatikan. Bibir yang sedikit merah itu dilumat dengan hujung gigi. Cuba memikirkan sesuatu tentang empunya suara itu. Kamal tersenyum sendirian.

“Mal, kau okey ke? Nak kita teruskan discussion kita ni? Or... delay?” Tanya salah seorang rakannya. Kamal masih membisu. Dia masih berkira-kira sesuatu. Apa kata hatinya tika ini? Mahu bertemu empunya suara itu atau biarkan saja?
“Kita delay, Wan.”

Aisyah memandang jam ditangannya. Sesekali melepaskan lagi keluhan bosan. Bosan sungguh menjadi seorang penunggu. Bosan menghitung masa yang pergi tanpa berbuat apa-apa. Ikutkan hati mahu saja dia tinggalkan telefon ini disini dan mengikut bapanya masuk kedalam pasaraya membeli keperluan rumah. Tiba-tiba telefon yang baru ditemui itu berbunyi. Panggilan itu segera dijawab.
“You ni yang pakai tudung pink tu kan?” berdegup jantung Aisyah apabila ditanya begitu. Matanya melilau-lilau cemas mencari gerangan si pemanggil. ‘Mana?’
“Errr… awak yang saya telefon tadikan?”
“Ha’ah! I lah... You ke yang pakai tudung pink tu?”
Aisyah tidak menjawab sebaliknya mengangguk. Tumpuannya tiada lagi dalam perbualan itu sebaliknya mencari sesusuk tubuh sipemanggil yang menerjah kecorong telinganya. Dia benar-benar gementar diperlakukan begitu. Mana boleh orang memerhatikannya sebegitu?

“Hello.” spontan suara itu bergema dibelakangnya. Aisyah menoleh serentak berdiri berdepan dengan pemilik suara itu.
Kamal terkedu. Mulutnya kelu. Matanya berkelip seketika
‘God....’

“Encik….?” Aisyah bersuara ragu. Tiada respon. Melihat cara pandangan Kamal yang luar biasa ke arahnya, Aishah berdehem keras. Hatinya berdongkol marah. ‘Mata keranjang betullah mamat ni!’

Kamal tersentak seraya tersenyum. “Ohhhh... I’m Kamal. Kamal Asyriq!” Tiada selarit senyuman dibibir gadis itu. Mungkin marah kerana sudah jenuh menunggu beberapa lama disitu. Telefon bimbit yang terlekat setia digenggamannya dihulurkan kepada Kamal. Telefon itu beralih tangan.

“Sorry lambat. Jemlah tadi.” Kamal cuba memberi alasan. Gadis bercermin mata itu mengatur langkah mahu meninggalkan tempat itu. Tiada apa yang mahu dibicarakan lagi.
“Eh, nanti dulu!” Panggilan Kamal menghalang kaki Aisyah melangkah terus. Gadis itu menoleh memerhati tepat ke wajah Kamal. ‘Amboi, masamnya muka pompuan ni kalahkan cuka. Harap suara je sedap!’

“Jom saya belanja minum.”
Wajah Kamal dipandang tajam. Entah mengapa hati Aisyah menjadi panas semacam. “Umur saudara berapa?”
“35! Kenapa?”
‘35 tahun? Dasar lelaki buaya! Dah ada anak bini kat rumah, ada hati nak menggatal lagi. Jantan apa la lelaki ni..’
“Dah kahwin?”
“Belom.”
‘Penipu!!!! Tengok la tu... tak sudah-sudah nak menipu orang. Bencinya akuuuuuu....’ bentak hati Aisyah.
“You dah kahwin belum?” kali ini Kamal pula bertanya.
“Dah!” pantas sahaja mulut Aisyah menjawab. Kamal tersenyum tidak percaya. Tidak tertarikkah gadis ini dengan ketampanan nya? Cepat betul menyatakan jawapannya.
“You tipu I kan?”
“Awak tipu saya tak perasan ke?”sergah Aisyah bengang.

‘Mak oi!!! Garangnya… tadi dalam telefon bukan main lembut lagi suara dia. Apsal dia ni? Ada angin senggugut ke?’
“You ni, kenapa? Jom I belanja you minum nak sambil kita kenal-kenal?”
“Awak belanja anak isteri awak dulu baru fikir orang lain.” Aisyah terus beredar menyusup masuk ke dalam pasaraya membiarkan Kamal berteka teki sendirian.
‘Belanja anak isteri? Hoi!!!! Aku belum kahwinlah!’
Kamal bergegas menjejaki gadis itu. Dari jauh dilihat Aishah menghampiri seorang lelaki yang sedang menolak troli. Kemudian tangannya rapat memeluk lengan lelaki itu. Kamal mengetap bibirnya.

Sah! Memang gadis itu sudah berkahwin.
palil_az
palil_az
Administrator
Administrator

Posts : 65
Join date : 2010-12-15

Back to top Go down

Hantaran Hati [CERPEN] Empty Re: Hantaran Hati [CERPEN]

Post by SoulBlade Sun Dec 19, 2010 1:59 am

ak bce ending..sape yg dh kawen sbnarnye?..
SoulBlade
SoulBlade
Administrator
Administrator

Posts : 230
Join date : 2010-12-15

https://kyoaz.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum