KyoAz Forum


Join the forum, it's quick and easy

KyoAz Forum
KyoAz Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kes Siti Aishah saman Uncle Seekers 27 Jan

Go down

Kes Siti Aishah saman Uncle Seekers 27 Jan Empty Kes Siti Aishah saman Uncle Seekers 27 Jan

Post by cekodokApple Fri Dec 24, 2010 12:09 pm

TEMERLOH 22 Dis. - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 27 Januari ini untuk sebutan semula kes saman bekas Raja Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman terhadap pengamal paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas kerana bertindak melanggar maklumat sulit beliau.

Hakim Prasad Abraham menetapkan tarikh itu bagi memberi masa kepada Jabatan Insolvensi melantik peguam untuk Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers yang merupakan defendan pertama memandangkan dia telah diisytiharkan muflis.

Perkara tersebut diputuskan semasa pendengaran inter-parte (kedua-dua pihak) kes itu di hadapan hakim berkenaan di kamar beliau di sini.

Dalam saman yang difailkan pada 3 Disember lalu, Siti Aishah selaku plaintif turut menamakan Syed Hussein Al-Attas iaitu bapa kepada Syed Abdullah sebagai defendan kedua.

Pada prosiding hari ini, Hakim Prasad turut mengeluarkan arahan supaya defendan kedua melantik peguam mewakilinya dalam kes tersebut.

Siti Aishah diwakili peguam T. Gunaseelan, Anthony M. Sebastian dan Ikmal Hisan Idris.

Menerusi saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog, surat khabar atau wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif.

Dalam pernyataan tuntutannya, Siti Aishah mendakwa, pada Jun lepas, beliau meminta defendan pertama membantu merawat masalah tekanan emosi yang dialaminya selepas defendan pertama mendakwa boleh mengubati masalahnya itu.

Siti Aishah berkata, antara persetujuan antara beliau dengan Syed Abdullah adalah defendan pertama itu akan dibayar untuk perkhidmatannya.

Menurutnya, Syed Abdullah juga bersetuju untuk merahsiakan segala maklumat dan komunikasi membabitkan plaintif sepanjang proses rawatan berlangsung dan tidak mengeksploitasi dirinya dalam sebarang bentuk.

Bagaimanapun pada bulan lalu, Siti Aishah mendakwa, Syed Abdullah dalam blog miliknya uncleseekers telah mendedahkan apa yang dikatakan sebagai komunikasi antaranya dengan plaintif.



Sumber : http://www.utusan.com.my
cekodokApple
cekodokApple
Moderator
Moderator

Posts : 252
Join date : 2010-12-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum