KyoAz Forum

Seoul lantang, Pyongyang diam

View previous topic View next topic Go down

Seoul lantang, Pyongyang diam

Post by SoulBlade on Thu Dec 23, 2010 9:34 pm


TENTERA Korea Selatan meronda kawasan dekat pantai di Dangjin, 80 kilometer di barat laut Seoul. - Foto AP

Tentera Korea Selatan berlatih peluru hidup berhampiran sempadan

SEOUL: Beratus-ratus askar, pesawat pejuang, kereta kebal dan helikopter penyerang Korea Selatan memulakan latihan tentera besar-besaran terbaru dekat sempadan yang dikawal ketat, manakala Korea Utara dilihat terus mendiamkan diri buat masa ini.

Korea Selatan semalam berikrar menghukum musuh menerusi latihan itu, sebulan selepas Korea Utara melancarkan serangan meriam.

Walaupun Korea Utara menarik balik ancaman untuk bertindak balas terhadap latihan ketenteraan Korea Selatan di bahagian barat perairan yang dituntut kedua-dua negara, pasukan keselamatan Seoul diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga minggu ini berikutan kemungkinan Pyongyang melakukan serangan mengejut.
Serangan meriam Korea Utara ke atas pulau YeonPyeong pada 23 November lalu menyebabkan empat orang terbunuh termasuk dua orang awam.

Korea Utara, bagaimanapun, menunjukkan beberapa isyarat mahu berdamai sejak beberapa hari kebelakangan ini, dengan memberitahu Gabenor New Mexico, Bill Richardson yang melawat negara itu bahawa ia bersedia menimbang untuk membenarkan badan antarabangsa memeriksa program nuklearnya.

Richardson turut memuji Pyongyang kerana tidak lagi berdolak-dalik, manakala lawatannya ke Korea Utara dapat membuka jalan bagi rundingan yang bermatlamat menamatkan program nuklear Korea Utara.

Bagaimanapun perkembangan ini tidak diendahkan Korea Selatan, sebaliknya Seoul terus bersiap sedia menghadapi sebarang pencerobohan.
Kami akan menghukum musuh sekeras-kerasnya jika ia melakukan provokasi sekali lagi, seperti bedilan meriam ke atas Pulau YeonPyeong, kata panglima memerintah briged kereta kebal pertama, Brigadier Jeneral Ju Eun-Sik.

Angkatan laut Korea Selatan memulakan latihan tahunan anti kapal selam selama empat hari di perairan laut timur yang kurang terbabit dengan ketegangan semalam.

Pasukan tentera darat dan udara Korea Selatan juga merancang mengadakan latihan bersama berhampiran sempadan kedua-dua negara.

Tentera dalam satu kenyataan berkata, latihan itu, yang ke-48 tahun ini, adalah latihan bersama terbesar pernah dilakukan pasukan keselamatan negara itu pada musim dingin.

Latihan membabitkan 800 anggota, pesawat tempur F-15K dan KF-16, kereta kebal K-1, helikopter penyerang AH-1S dan pelbagai senjata automatik, kata kenyataan itu.

Seorang pegawai yang namanya tidak didedahkan berkata, Korea Selatan sebelum ini merancang mengadakan hanya 47 latihan perang tahun ini, tetapi mengambil keputusan menambah satu lagi latihan berikutan hubungan tegang dengan Korea Utara.

Agensi berita Yonhap melaporkan, Seoul menempatkan lebih banyak meriam
di Yeonpyeong selepas serangan ke atas pulau itu bulan lalu dan merancang menempatkan peluru berpandu Spike buatan Israel tidak lama lagi. AP

topUP : http://www.bharian.com.my

SoulBlade
Administrator
Administrator

Posts : 230
Join date : 2010-12-15

http://kyoaz.forumms.net

Back to top Go down

Re: Seoul lantang, Pyongyang diam

Post by cekodokApple on Thu Dec 23, 2010 10:45 pm

dunia nk kiamat la ni...teruk tol lol

=======================


K-ON!!! rock!!

cekodokApple
Moderator
Moderator

Posts : 252
Join date : 2010-12-20

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum