KyoAz Forum

Awas Dengan Website Ini..

View previous topic View next topic Go down

Awas Dengan Website Ini..

Post by cekodokApple on Tue Dec 21, 2010 5:28 pm

Assalamualaikum,

AWAS, sebuah laman blog yang diragui akan penulisan artikelnya yang berkaitan dengan Islam. Apabila Ustaz Nor Amin yang diminta oleh seorang kawannya untuk menziarahi blog tersebut, memang mendapati tulisannya memang berbeza seperti perkataan Allah, Muhammad dan sebagainya. Mulanya Ustaz tu pun tidak perasan lagi dengan penyelewengan artikel blog tersebut. Tetapi apabila Ustaz tu baca artikelnya yang bertajuk “Melayu Pewaris Nabi”, Ustaz tu sangat terkejut dan tulisannya sangat menyimpang jauh dari perbahasan Islam.

Ustaz tu pun datangkan beberapa perbahasan dan dakwaan pemilik laman blog tersebut kononnya bangsa melayu mempunyai persamaan dengan Nabi. Di antara penulisannya ialah :

“Kebanyakan bangsa Melayu mengikuti sesuatu agama yg ingin di terapkan kpd mereka. Apabila Malaysia merdeka, bangsa ini masih dijajah dan penjajahan ini adalah dlm bentuk agama. Perhatikan bangsa2 lain di dunia, apabila negara mereka di beri kemerdekaan, rakyatnya diberi kebebasan memilih agama yg ingin di anuti. Ini juga terdpt di dlm firman tuhan di dlm al quran iaitu tiada paksaan di dlm beragama. Perkara ini tidak terjadi kpd bangsa Melayu dan apakah muslihat di sebalik semua ini? Mengapakah bangsa Melayu merupakan satu2nya bangsa di dunia yg dijajah menggunakan agama? Adakah bangsa Melayu ini asalnya menganut agama hindu atau bangsa ini merupakan bangsa yg paling di geruni kebangkitannya sehingga terpaksa di jajah menggunakan agama? Musuh2 tuhan memang mengetahui ttg kehebatan bangsa Melayu dan satu2nya cara untuk mereka dpt menakluki dunia ialah dgn memastikan bangsa Melayu tidak kembali kpd agama nenek moyang mereka.”


Jawapan Ustaz
Petikan di atas ini Ustaz tu ambil dari muqadimmah artikelnya. Pembetulan dari ayat Al-Quran yang digunakan beliau iaitu “tiada paksaan dalam agama”. Ayat ini dituju khas kepada orang bukan muslim untuk memilih dan menentukan agamanya, Islam juga tidak memaksa orang bukan muslim memeluk Islam. Hal ini berbeza dengan orang Islam yang ingin keluar dari agama Islam. Hukuman yang sangat berat bagi umat Islam yang murtad (keluar dari Islam) iaitu akan dikenakan hukuman Hudud. Kesimpulan dari ayat tersebut bahawa Islam tidak memaksa bukan muslim memeluk Islam dan umat Islam berkewajipan menyampaikan dakwah kepada bukan muslim.

Penjajah Inggeris datang ke Tanah Melayu adalah bertujuan untuk menyebarkan agama mereka iaitu kristian. Tujuan mereka menjajah negara-negara umat Islam adalah untuk mematahkan pengaruh Islam di Tanah Melayu yang ketika itu sangat terkenal seperti Melaka, Aceh dan Tanah Jawa. Orang Barat menjajah Melayu bukan sebab kehebatan orang melayu, kalau betullah orang melayu hebat, sudah lama penjajah kalah dalam peperangan menakluki Tanah Melayu dahulu.


Katanya lagi tentang masalah tulisan jawi di dalam artikelnya iaitu :

“Hanya bangsa Melayu menggunakan tulisan huruf2 arabaya. Semua kitab2 yang diturunkan tuhan kpd nabi2 menggunakan satu bahasa sahaja iaitu bahasa arabaya. Bangsa Melayu di zaman dahulu merupakan bangsa yg mahir dgn kitab2 yg di turunkan tuhan dan mereka merupakan tenaga pengajar bagi penganut agama nabi Ibrahim. Perkara ini jelas terbukti dgn kebanyakan negara2 luar dtg untuk mempelajari agama dari bangsa Melayu. Tulisan jawi ini diwariskan kpd org2 Melayu melalui hijrah Raja Iskandar ke Timur dan bangsa Melayu di zaman dahulu yg mempunyai segala kelebihan berbanding bangsa lain di dunia.”


Jawapan Ustaz
Sebagai pembetulan kepada penulisannya mengenai bahasa yang diturunkan oleh Allah kepada rasul-rasulnya dengan menggunakan bahasa arab. Jawapannya Allah itu Maha mengetahui dari segala yang bahru (makhluk) dan Allah juga sangat mengetahui segala bahasa yang ada di dunia ini. Allah sangat sukakan bahasa arab kerana Rasulullah di turunkan kepada bangsa arab. Bahasa dalam syurga Allah juga bahasa arab. Sebenarnya kitab-kitab yang diturunkan Allah kepada rasulnya mengikut bangsa rasul tersebut. Contohnya seperti Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa dalam bahasa Ibrani. Nabi Musa adalah dari keturunan Israel (Yahudi) dan bahasa mereka adalah bahasa Ibrani. Kitab Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad dalam bahasa Arab kerana bangsanya adalah bangsa arab. Kalaulah semua kitab diturunkan dalam bahasa Arab sudah tentu pengikut-pengikut Nabi Musa, Nabi Isa dan Rasul-rasul yang lain tidak faham dan payah untuk menerima dakwah mereka.



Petikan dari tulisannya lagi:
“Adakah Islam membawa tulisan jawi kpd bangsa Melayu sedangkan mereka sendiri membariskan al quran dan meletakkan tanda dgn alasan al quran tidak boleh dibaca tanpa baris dan tanda. Ini merupakan satu pembohongan yg jelas kerana mana2 bahasa di dunia, huruf2 lah yg membentuk perkataan dan bukan tanda. Cuba eja perkataan Islam di dlm jawi, tentu ianya di eja Alif Ya Sin Lam Mim bukan? Ini bermakna bangsa Melayu di zaman dahulu menganut agama nabi Ibrahim iaitu Asalama kerana ianya di eja Alif Sin Lam Mim."

Jawapan Ustaz

Penulisannya di atas ini mengenai huruf-huruf tulisan jawi. Penulisan jawi ini di bawa oleh ulamak-ulamak arab yang datang berhijrah ke Tanah Melayu. Ini bertujuan untuk memudahkan lagi proses dakwah dan pembelajaran Al-Quran. Saya tidak tahu tulisan yang digunakan di Tanah Melayu sebelum masuknya Islam. Orang melayu dahulu tidak pandai menulis, tidak pandai membaca dan bangsa yang sangat ketinggalan jauh dari bangsa lain, sebab itulah Melayu dijajah dahulu. Apabila Islam masuk di Tanah Melayu barulah dikenali dengan tulisan jawi dan baru terwujudnya pengajian-pengajian pondok dan sebagainya. Semua ini hasil pengajian orang melayu di Negara Arab dan belajar kepada bangsa arab yang berhijrah ke Tanah Melayu. Rasa saya tulisan jawi lama ditentukan bunyinya dengan baris, tetapi barisnya tidak dizahirkan seperti contoh بوم (bumi) atau بولو روم (bulu roma) dan banyak lagi. Tulisan jawi baru yang diguna pakai sekarang ini barulah mengikut perkataannya atau mengikut ejaan rumi. Jelas di sini bahawa tulisan jawi juga diambil dari kaedah bahasa arab.


Petikan dari artikelnya lagi:

“Musuh2 tuhan memang mengetahui hakikat ini, maka mereka berusaha menghapuskan penggunaan tulisan jawi di kalangan bangsa Melayu kerana di khuatiri penipuan ini di kesan.”


Jawapan Ustaz
Pandangan saya yang menjadi musuh Allah itu adalah penulis blog tersebut yang berani mengatakan bahawa dirinya dari bangsa melayu berketurunan Nabi dan dia sebenarnya tidak sedar dirinya itu adalah orang yang munafik iaitu orang yang menyesatkan umat Islam yang lain. Setahu saya, anak cucu Nabi Muhammad saw mempunyai nama Syed, habib atau syarifah di hadapan nama mereka. Memang ada orang Melayu yang mempunyai nama-nama seperti syad, habib dan syarifah, kerana keturunan mereka telah bercampur dari darah Arab yang datang berhijrah ke Tanah Melayu dan berkahwin dengan orang tempatan. Tulisannya yang mendakwa dirinya dari bangsa melayu keturunan Nabi ialah :

“Hamba sebagai seorang Melayu dari keturunan nabi2 akan membangkitkan semula bangsa hamba dengan izin Tuhan yg maha kuasa. Ungkapan Takkan Melayu Hilang Di Dunia adalah ungkapan keramat bagi bangsa hamba. Walau berbagai cara di lakukan bagi menghapuskan bangsa hamba namun janji tuhan untuk membangkitkan semula agama yg diredhainya melalui bangsa hamba pasti tercapai. Bangsa yg hamba sayangi ini akan melaungkan semula kalimat kebesaran tuhan dan sekali lagi menakluki dunia. Berkat nabi2 dan para rasul yg diutus bagi meninggikan agama tuhan, taida yg mustahil di lakukan. Orang2 di dlm bangsa hamba yg memperkecilkan kebolehan bangsa hamba, mengkhianati nenek moyangnya sendiri.”


Selepas korang membaca artikel aku ini sebarkanlah kepada semua orang sama ada rakan-rakan anda, keluarga anda, jiran-jiran anda dan semua untuk mengelakkan mereka terpedaya dengan dakyah-dakyah orang yang sentiasa ingin menyesatkan umat Islam jauh dari pangkal jalan. Saya izinkan anda semua untuk copy artikel ini dan diletakkan di blog, website dan laman-laman sesawang untuk disebarkan kepada orang ramai. Tetapi permohonan saya masukkan link rujukkan asalnya sebagai tanda penghargaan dan amanah anda terhadap tuan artikel tersebut.

Kredit to: http://www.yiedpozi.info/

cekodokApple
Moderator
Moderator

Posts : 252
Join date : 2010-12-20

Back to top Go down

Re: Awas Dengan Website Ini..

Post by nora158 on Mon Jan 31, 2011 11:30 am

ni pengikut kahar (rasul mlayu) 2 kot..

nora158
KA Wakashu

Posts : 9
Join date : 2011-01-16
Age : 26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum