Wasiat Terakhir
Page 1 of 1
Wasiat Terakhir
Tadi masa Dr Zoidberg semak-semak fail dalam lappy. Terjumpa lawak nie. Baca banyak kali pun masih terasa kelawakkannya
Setelah beberapa hari ditempatkan di wad ICU, keadaan Mak Temah mula
beransur stabil. Keesokan harinya beliau dipindahkan ke wad biasa, tetapi
peralatan pernafasannya masih belum ditanggalkan. Tok Ketua bercadang untuk
melawat Mak Temah yang merupakan salah seorang kariah mukimnya. Bersama
isterinya Bedah, Tok Ketua ke hospital lewat petang itu untuk menziarah
jirannya itu.
Mak Temah kelihatan amat lemah tetapi masih dapat mengenali
tetamu-tetamunya. Dia memandang ke wajah Mak Bedah dengan mulut yang
terkumat kamit. Mak Bedah mendekati Mak Temah sambil mendekatkan telinganya
ke bibir beliau. Tok Ketua yang berada di sisi katil sebelah lagi juga
turut mendekati bahagian kepala Mak Temah.
Tetapi, tiba-tiba Mak Temah mengalami sesak nafas dan dadanya
berombak-ombak turun naik. Dalam keadaan kelam kabut itu, Tok Ketua
terlihat tangan Mak Temah seolah-olah meminta pen dan kertas. Kebetulan Tok
Ketua menyimpan beberapa helai kertas kecil di dalam saku koceknya dan
dengan segera menyerahkannya kepada Mak Temah. Tentunya Mak Temah mahu
menulis wasiat, getus fikirannya. Nafas Mak Temah semakin sesak dan
akhirnya terhenti setelah beliau menuliskan ayat terakhirnya. Menghormati
jenazah, Tok Ketua tidak mahu membaca wasiat itu di depan arwah Mak Temah.
Keesokannya setelah jenazah disempurnakan, barulah Tok Ketua memanggil
kesemua waris Mak Temah dan menyatakan Mak Temah sempat menuliskan wasiat
untuk mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir. Waris-warisnya berasa
hairan kerana setahu mereka MakTemah bukan orang berharta. Perlahan-lahan
Tok Ketua mengeluarkan kertas yang ditulis oleh arwah Mak Temah semalam dan
memasang cermin matanya. Mukanya merah padam dan kertas tersebut jatuh
daripada tangannya. Tiba-tiba Tok Ketua berlari keluar dari bilik tersebut.
Anak sulong Mak Temah, Rizal mengambil kertas tersebut dari lantai dan
membacanya...
"tolong jangan pijak salur oksigen aku, tok ketua !"
sumber: www.gempak.org

cekodokApple- Moderator
- Posts : 252
Join date : 2010-12-20
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|